Pages

Monday, May 23, 2011

Semangat yang hilang..

Dalam masa 2 bulan ini, sebenarnya banyak perkara yang ingin aku nukilkan. Pelbagai perkara yang berlaku, gembira dan sedih bercampur baur, dan ku sedari itulah warna-warna kehidupan! Alangkah indahnya sebenarnya kehidupan ini, sekiranya kita memandang dari sudut positif. Walaupun perkara yang berlaku membuatkan kita teresak-esak mengalirkan air mata, namun sebenarnya itu semua perkara yang positif! Kenapa? Sebab dari situ kita belajar satu lagi erti hidup ini.

Aku tahu dan yakin, ramai kawan-kawan dan juga mak ayah memandang aku sebagai seorang yang cekal semangat, dan berdikari. Hakikatnya, aku seorang yang pesimis dan tidak pernah mengimpikan kejayaan gilang gemilang. Aku hanya manusia yang boleh dikatakan tidak punya cita-cita tertentu dan impian menggunung. Setiap tahun yang berlalu, setiap saat yang terhitung, aku melaluinya mengikut rentak sekeliling. Tidak pernah memandang jauh ke hadapan, tidak pula menoleh jauh ke belakang. Aku melangkah seadanya, dan selalu hanya mengharapkan yang baik-baik saja, tida lebih dari itu. Lantas, apabila ujian melanda seperti sekarang, aku kaget..!

Mampukah aku menghabiskan pengajianku di sini?Tegakah aku mengorbankan tahun2 pertama persekolahan anak2ku untuk belajar di Malaysia? Sebelum ini, sesungguhnya aku sudah mengaku kalah..namun aku dapat merasakan Allah tetap membuka jalan untuk aku meneruskannya..hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku dan akan berlaku..Ya Allah..aku mohon kekuatan, dan tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai..!