Pages

Tuesday, March 22, 2011

Oh Tuhan...

Memang aku sudah amat jelak membaca kisah-kisah dan perkataan-perkataan berbaur l****. Mahu termuntah rasanya..! Apatah lagi ia berlaku di negara Malaysia, yang mengakui Islam adalah agama rasmi. Yakah begitu?Benarkah? Atau hanya pada nama Islam itu agama rasmi?

Tambah meloyakan apabila ia dicanang di sana-sini. Bukankah Islam tidak membenarkan kita membuka keaiban orang lain? Malah, kita sepatutnya menutup keaiban orang, dan Allah akan menutup keaiban kita di akhirat kelak!

Memang boleh jika aku mengambil sikap tidak ambil peduli..lantaklah!! Sudah kerap aku memang mahu berbuat demikian. Tetapi, bagaiman mungkin jika aku baru sahaja membuka laman berita online Malaysia, terlihat tajuk berita yang memualkan! Mahu memejam mata, namun bait-bait perkataan itu sudah lekat di minda. Mahu lupakan, agaknya aku perlu hilangkan ingatan secara menghantukkan kepala ke dinding!! Ya Allah, sungguh aku jengkel dengan semua ini..:(

Bagaimana mahu membesarkan anak-anak dalam suasana yang sihat, sedangkan anak-anak yang ghairah dapat mula membaca, dihidangkan dengan berita yang begini? Aku kehilangan kata...

Ya Allah, selamatkan kami semua dari segala fitnah dunia.

Monday, March 21, 2011

Makan, anyone?:)

Kadang-kadang bila terlalu lapar, aku akan pergi ke cafe di universiti. Memang aku membawa bekalan dari rumah, tetapi hanya bekalan buah-buahan dan biskut, serta air kosong. Sudah tidak punya motivasi untuk memasak awal pagi seperti mula-mula dahulu. Di cafe, sudah tentu aku hanya boleh makan vegetarian food. Memang kalau dikutkan halwa tekak dan lidah aku, tak tertelan..hehe.. Biasalah di Malaysia, makanan pedas, berkari, dan pelbagai perisa lagi..hmm...

Namun, aku kagum kerana makanannya sangat seimbang dari segi protein, karbohidrat dan vitamin. Cuma, yang menjadi masalah bagiku cuma rasanya yang tak seperti makanan yang sudah terbiasa di lidah:) Tapi, apabila lapar, telan aje:)

Sambil aku merenung makanan sebentar tadi, aku teringat pertanyaan anakku yang kedua, minggu lepas. Sakinah, yang baru menjangkau usia 4 tahun Februari lalu, bertanya semasa sedang menjamah makanan di meja makan:

" Mak, kenapa adik tak boleh bawa makanan dari rumah ke sekolah?"

Memang di daycare, semua makanan disediakan. Bagi anak-anakku, mereka hanya diberikan vegetarian food, seafood, dairy food dan semestinya, karbohidrat dari nasi dan roti. 

"Kenapa adik tanya? Makanan di sekolah tak sedap ke?"

Aku menjawab pertanyaanya dengan pertanyaan juga.

"Sedap..tapi adik makan sikit je.."

Kakak yang sedang menulis di bilik, berkata dengan suara yang agak kuat, dengan nada sedikit menyindir..

"Tak sedapla tu....!"

Aku tertawa geli hati. Sengaja aku bertanya soalan mengada-ngada:

"Mak masak sedapla ya?"

Adik mengangguk-angguk. "Sedap!!".

Hehehe..kembang sedikit rasa hati mendengar pujian Sakinah. Aku mulakan ayat memujuk:

"Takpelah adik, nanti kalau adik bawa makanan dari rumah, kesian kawan-kawan adik dapat tengok je adik makan makanan yang sedap-sedap. Kalau adik nak bagi pada kawan-kawan, nanti tak cukup pulak. Takkan mak nak masak banyak-banyak pulak kan?"

"Lagipun, dekat sekolah tu cikgu dah sediakan makanan yang seimbang, bagus untuk kesihatan."

Amboi, pandainya aku menasihat. Aku sendiri?Hehehe..

Lantas aku kembali ke alam nyata. Melihat salad di atas pinggan kecil di hadapanku, aku mulakan makan. Bismillahirramanirrahim!! 

Alhamdulillah!!:)

Ingatan untuk diri sendiri-bersyukur dengan makanan yang ada. Orang lain entah makan entahkan tidak. Yang paling penting, jangan cakap tak serupa bikin!Hihihi..

Monday, March 14, 2011

Tsunami dan peringatan- soalan dan jawapan

Sudah 4 hari berlalu sejak sebahagian tempat di Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. Aku masih mengikuti berita-berita terkini di internet, mahu menonton terutamanya video dan gambar-gambar yang diletakkan di website. Perasaan terkejut semakin kurang, cuma rasa sedih yang masih setia dalam hati. Tak dapat kubayangkan sekiranya aku dan keluarga menjadi mangsa tsunami, menyaksikan sendiri keganasan air laut memusnahkan rumah, menghanyutkan  mangsa yang tak sempat menyelamatkan diri...alangkah sedihnya!!

Sebelum tidur sejak 3 malam semalam, aku terbayang, sekiranya aku kehilangan ahli keluarga kesan daripada kejadian malang yang menimpa, seperti tsunami di Jepun, bagaimanalah agaknya..:( Mengenangkan 'jika' itupun aku sudah mengalirkan air mata, apatah lagi menghadapi secara realiti. Melihat video mangsa terselamat menahan kesedihan, ibu yang positif akan anaknya akan dijumpai dalam keadaan selamat (dan kemudian menahan esak), menekan perasaan..sedih!!

Namun, aku percaya, semua ini merupakan peringatan yang nyata dari Allah. Kejadian tsunami ini, aku bayangkan Allah hanya 'menjentik' sedikit bumi, dan kemusnahannya amatlah ketara! Bayangkan bila tiba hari kemusnahan yang sebenar, bila akhirat tiba, huru-haranya bagaimanalah agaknya? Gerun aku memikirkannya..

Sambil aku menonton video ombak ganas menggulung memusnahkan rumah di Jepun, aku memanggil anak-anak menonton bersama:

"Kakak, adik, tengok ni..kesian kat Jepun, ada gempa bumi..kemudian jadi tsunami, air laut ombaknya jadi tinggi sampai habis rumah orang kat kawasan tu hancur..kesian kan...?

Kakak dan adik melihat dengan sungguh-sungguh. Tiba-tiba adik bercakap dengan nada panik dan suaranya hampir mahu menangis..

"Mak, kenapa ada gempa bumi?"

Kakak juga bertanyakan soalan yang sama. Aku sudah mula terfikir-fikir, sebab aku tahu soalan ini akan keluar dari mulut mereka. 

"Mungkin Allah nak tunjukkan kemarahannya sebab manusia banyak buat dosa, tak sembahyang, tak baca Quran, tak buat baik dengan orang.."

Aku saja tekankan tentang baca Quran tu, sebab kadang-kadang bila leka sangat bermain, kakak dan adik liat sangat untuk baca Iqra'. Adik terutamanya. 

"Macam mana tsunami tu jadi, mak?" Kakak sudah mula menguji mindaku, tanpa dia sedar, seperti selalu. Ilmu apa ni ye? Sains geologi kot? Aduh..nasib ada video yang menunjukkan bagaimana tsunami tu terjadi. Aku tunjukkan dan terangkan kepadanya serba sedikit. Aku rasa walaupun dia kurang faham, tapi dia nampak cuba untuk memahami.

"Tapi, kenapa orang baik pun kena jugak?Kat sana mesti ada orang baik jugak kan?" Kakak menambah.

Hmm..satu lagi soalan mencabar..macam mana nak beri jawapan supaya kakak tak anggap Allah ni kejam, sehingga menghukum orang yang tidak bersalah juga..

"Mungkin sebab tu kita kena bagi nasihat kat orang lain supaya kena buat baik, sembahyang dan sebagainya.." 

Kakak terdiam. Aku harap janganlah keluar lagi soalan tentang perkara tersebut pada masa itu. Aku mahu mencari jawapan yang lebih padan untuk anak kecil berumur 6 tahun sepertinya. Nanti tak pasal-pasal aku buat dia jadi keliru, lantas lagi banyak soalan yang memeningkan!!

Membesarkan anak-anak dan melayan soalan mereka memerlukan skill yang aku belum mahir. Juga memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu, kerana mereka akan bertanya sehingga mereka puas hati. Lebih parah lagi, sekiranya aku salah memberikan jawapan, maksudnya aku telah tersalah mengajar! 

Persoalan tsunami, juga kejadian alam yang pelbagai, dan bagaimana ia terjadi, boleh diterangkan menerusi ilmu sains yang kita pelajari (ataupun baru pelajari seperti aku belajar bagaimana tsunami terjadi melalui video). Tapi, tentang mengapa ia terjadi, dan jawapan untuk itu kepada anak-anak kecil, memerlukan jawapan yang bernas supaya mereka tidak keliru. Aku rasa aku perlu jadi pemikir yang kreatif dan kritis untuk menjawab semua persoalan tersebut. Sabar ye kakak dan adik, nanti mak belajar lagi, lepas tu mak dapat jawab soalan kakak dan adik dengan lebih bagus lagi..:)

Friday, March 11, 2011

Hijrah

Pertama kali, satu waktu dahulu, aku mahu menulis blog untuk dijadikan sebagai diari. Sejak berada di sekolah rendah, sampailah ke universiti, aku memang suka menulis, apatah lagi menulis diari..bak kata orang, "minah jiwang" lah agaknya aku ni..hihi..:)

Tapi satu entri dari blog ummuhusna (my favourite blog), yang aku faham maksudnya lebih kurang begini:

-Bila kita menulis blog, adakah kita pasti pembaca blog mendapat manfaat? Ataupun kita hanya membuang masa orang yang membaca? Atau lebih teruk, kita mendapat dosa apabila mendedahkan apa yang tidak sepatutnya? Ataupun mendapat dosa kerana membuang masa orang lain?

Aku kembali berfikir, sekiranya aku ingin mengembalikan keseronokan menulis diari, aku boleh lakukannya dengan menulis menggunakan pena, ke atas buku yang hanya aku yang dapat membacanya, ataupun dikongsi oleh suamiku. Untuk menulis semua itu dalam blog, tanpa sebarang bentuk penapisan, adalah sangat tidak wajar. 


Lalu kenapa sekarang aku mahu menulis blog? 

Sebelum aku datang ke bumi asing ini, aku belum dapat menyelami diriku sendiri, apakah yang aku inginkan dalam hidup ini? Ya, aku mahukan kejayaan, aku mahu menjadi seorang yang lebih baik, namun yang "lebih baik" yang bagaimana? Dalam hati, memang aku mendambakan ketenangan yang bukannya datang dari harta yang banyak, tidak berpunca dari kejayaan mendapatkan pekerjaan yang baik, ataupun dirasakan daripada menjadi orang yang terkenal. Aku mencari ketenangan yang datang hasil daripada kesedaran yang hakiki, yang ikhlas, bahawa aku ini hanyalah seorang hamba Allah yang akan kembali padaNya satu waktu nanti. Aku mengharapkan akan terbit rasa kerinduan kepada kematian, mengharapkan hati aku selalu tetap pendirian bahawa dunia ini hanyalah perhiasan yang sementara, dan destinasi aku yang sebenar-benarnya adalah akhirat.

Namun, sukarnya!! 

Aku selalu dibuai dengan hiasan sementara ini. Berlumba-lumba mengejar dateline, sehingga lewat mengerjakan solat. Seronok melayari internet, menonton cerita, sehingga terlalu lelah walaupun hanya untuk berniat bangun solat malam!! Letih memikirkan hal-hal kerja dan research, hingga tidak mampu untuk tersenyum pada suami! Padahal semua itu, dan banyak lagi yang tidak mampu aku tuliskan di sini, adalah bekalan untuk destinasi terakhir aku.  

Aku membuat keputusan untuk menulis blog, untuk mengingatkan diri sendiri tentang perlunya penghijrahan diriku ini secara total. Ia bermula dengan ketetapan hati, yang perlu sentiasa aku ingatkan dengan berfikir melalui setiap kejadian yang aku temui di sekeliling aku. Untuk mengingati semua itu, aku akan tuliskan di blog ini, supaya prestasi ketetapan hatiku sentiasa linear dengan masa. Dan aku kongsikan, supaya aku mendapat buah fikiran dari keluarga dan sahabat semua, sekiranya ada pandanganku yang tersasar.


Pagi ini, selepas menghantar anak-anak ke daycare, Marja, salah seorang nurse di sana menghampiri aku:


Marja: "I just want to let you know, that during this spring, we are trying to   build a new environment here. We are educating these children to be more polite to each other and to adults. As you might have seen, F****** children, as well as adults, are not as polite as others, like E******, for example, they always like to say "Please" when asking something. And I think that in your culture also, you are very polite. It's never too early or too late for us to change!"

Dalam perjalanan ke universiti, aku tersenyum dan terfikir, semua orang mahu berhijrah menjadi lebih baik. Dan aku tidak terkecuali.

Thursday, March 10, 2011

First entry

Sudah lama tinggalkan area penulisan tu, sekarang layak dipanggil area panaipan..(adakah perkataan macam tu?..err..)..Kali ni sudah bertekad..
Petang selepas sampai ke rumah dari universiti, 10 Mac 2011:
Me: Abg, Faizah nk buat bloglah, boleh tak?..(sambil gelak2..)
Hubby: Ha buatlah..(sambil beri pesanan dan nasihat2 penting)
Me: *tergelak*..hihi sebelum ni nak buat dah serius punya tapi asyik tak jadi je..tapi kali ni InsyaAllah jadilah..:)
And here it goes..:) Assalamualaikum!!