Kadang-kadang bila terlalu lapar, aku akan pergi ke cafe di universiti. Memang aku membawa bekalan dari rumah, tetapi hanya bekalan buah-buahan dan biskut, serta air kosong. Sudah tidak punya motivasi untuk memasak awal pagi seperti mula-mula dahulu. Di cafe, sudah tentu aku hanya boleh makan vegetarian food. Memang kalau dikutkan halwa tekak dan lidah aku, tak tertelan..hehe.. Biasalah di Malaysia, makanan pedas, berkari, dan pelbagai perisa lagi..hmm...
Namun, aku kagum kerana makanannya sangat seimbang dari segi protein, karbohidrat dan vitamin. Cuma, yang menjadi masalah bagiku cuma rasanya yang tak seperti makanan yang sudah terbiasa di lidah:) Tapi, apabila lapar, telan aje:)
Sambil aku merenung makanan sebentar tadi, aku teringat pertanyaan anakku yang kedua, minggu lepas. Sakinah, yang baru menjangkau usia 4 tahun Februari lalu, bertanya semasa sedang menjamah makanan di meja makan:
" Mak, kenapa adik tak boleh bawa makanan dari rumah ke sekolah?"
Memang di daycare, semua makanan disediakan. Bagi anak-anakku, mereka hanya diberikan vegetarian food, seafood, dairy food dan semestinya, karbohidrat dari nasi dan roti.
"Kenapa adik tanya? Makanan di sekolah tak sedap ke?"
Aku menjawab pertanyaanya dengan pertanyaan juga.
"Sedap..tapi adik makan sikit je.."
Kakak yang sedang menulis di bilik, berkata dengan suara yang agak kuat, dengan nada sedikit menyindir..
"Tak sedapla tu....!"
Aku tertawa geli hati. Sengaja aku bertanya soalan mengada-ngada:
"Mak masak sedapla ya?"
Adik mengangguk-angguk. "Sedap!!".
Hehehe..kembang sedikit rasa hati mendengar pujian Sakinah. Aku mulakan ayat memujuk:
"Takpelah adik, nanti kalau adik bawa makanan dari rumah, kesian kawan-kawan adik dapat tengok je adik makan makanan yang sedap-sedap. Kalau adik nak bagi pada kawan-kawan, nanti tak cukup pulak. Takkan mak nak masak banyak-banyak pulak kan?"
"Lagipun, dekat sekolah tu cikgu dah sediakan makanan yang seimbang, bagus untuk kesihatan."
Amboi, pandainya aku menasihat. Aku sendiri?Hehehe..
Lantas aku kembali ke alam nyata. Melihat salad di atas pinggan kecil di hadapanku, aku mulakan makan. Bismillahirramanirrahim!!
Alhamdulillah!!:)
Ingatan untuk diri sendiri-bersyukur dengan makanan yang ada. Orang lain entah makan entahkan tidak. Yang paling penting, jangan cakap tak serupa bikin!Hihihi..
No comments:
Post a Comment