Pages

Friday, March 11, 2011

Hijrah

Pertama kali, satu waktu dahulu, aku mahu menulis blog untuk dijadikan sebagai diari. Sejak berada di sekolah rendah, sampailah ke universiti, aku memang suka menulis, apatah lagi menulis diari..bak kata orang, "minah jiwang" lah agaknya aku ni..hihi..:)

Tapi satu entri dari blog ummuhusna (my favourite blog), yang aku faham maksudnya lebih kurang begini:

-Bila kita menulis blog, adakah kita pasti pembaca blog mendapat manfaat? Ataupun kita hanya membuang masa orang yang membaca? Atau lebih teruk, kita mendapat dosa apabila mendedahkan apa yang tidak sepatutnya? Ataupun mendapat dosa kerana membuang masa orang lain?

Aku kembali berfikir, sekiranya aku ingin mengembalikan keseronokan menulis diari, aku boleh lakukannya dengan menulis menggunakan pena, ke atas buku yang hanya aku yang dapat membacanya, ataupun dikongsi oleh suamiku. Untuk menulis semua itu dalam blog, tanpa sebarang bentuk penapisan, adalah sangat tidak wajar. 


Lalu kenapa sekarang aku mahu menulis blog? 

Sebelum aku datang ke bumi asing ini, aku belum dapat menyelami diriku sendiri, apakah yang aku inginkan dalam hidup ini? Ya, aku mahukan kejayaan, aku mahu menjadi seorang yang lebih baik, namun yang "lebih baik" yang bagaimana? Dalam hati, memang aku mendambakan ketenangan yang bukannya datang dari harta yang banyak, tidak berpunca dari kejayaan mendapatkan pekerjaan yang baik, ataupun dirasakan daripada menjadi orang yang terkenal. Aku mencari ketenangan yang datang hasil daripada kesedaran yang hakiki, yang ikhlas, bahawa aku ini hanyalah seorang hamba Allah yang akan kembali padaNya satu waktu nanti. Aku mengharapkan akan terbit rasa kerinduan kepada kematian, mengharapkan hati aku selalu tetap pendirian bahawa dunia ini hanyalah perhiasan yang sementara, dan destinasi aku yang sebenar-benarnya adalah akhirat.

Namun, sukarnya!! 

Aku selalu dibuai dengan hiasan sementara ini. Berlumba-lumba mengejar dateline, sehingga lewat mengerjakan solat. Seronok melayari internet, menonton cerita, sehingga terlalu lelah walaupun hanya untuk berniat bangun solat malam!! Letih memikirkan hal-hal kerja dan research, hingga tidak mampu untuk tersenyum pada suami! Padahal semua itu, dan banyak lagi yang tidak mampu aku tuliskan di sini, adalah bekalan untuk destinasi terakhir aku.  

Aku membuat keputusan untuk menulis blog, untuk mengingatkan diri sendiri tentang perlunya penghijrahan diriku ini secara total. Ia bermula dengan ketetapan hati, yang perlu sentiasa aku ingatkan dengan berfikir melalui setiap kejadian yang aku temui di sekeliling aku. Untuk mengingati semua itu, aku akan tuliskan di blog ini, supaya prestasi ketetapan hatiku sentiasa linear dengan masa. Dan aku kongsikan, supaya aku mendapat buah fikiran dari keluarga dan sahabat semua, sekiranya ada pandanganku yang tersasar.


Pagi ini, selepas menghantar anak-anak ke daycare, Marja, salah seorang nurse di sana menghampiri aku:


Marja: "I just want to let you know, that during this spring, we are trying to   build a new environment here. We are educating these children to be more polite to each other and to adults. As you might have seen, F****** children, as well as adults, are not as polite as others, like E******, for example, they always like to say "Please" when asking something. And I think that in your culture also, you are very polite. It's never too early or too late for us to change!"

Dalam perjalanan ke universiti, aku tersenyum dan terfikir, semua orang mahu berhijrah menjadi lebih baik. Dan aku tidak terkecuali.

No comments:

Post a Comment