Pages

Friday, June 3, 2011

Apabila kita gembira..

Terfikirkah kita, apabila kita bergembira, bergelak ketawa, merasakan kebahagiaan, masih ramai di luar sana yang sedang bergelut dengan kepayahan, kesedihan, ketakutan? Masih tegakah kita untuk walaupun tersenyum apabila memikirkan kesengsaraan mereka?

Sejak aku belasan tahun, sudah aku dengar akan kekalutan di bumi Palestine..namun pada masa itu, dan sehingga aku berumur 30 tahun, berita yang aku dengar hanya mampu membuatkan aku termenung untuk beberapa jam..kemudian perasaan sayu itu hilang digantikan dengan pelbagai perkara yang dekat denganku..rutin harian yang kadangkala banyak dipenuhi dengan perkara-perkara yang memang didambakan oleh nafsu manusia-berbelanja, makan, bersiar-siar..

Aku menangis apabila melihat satu video di bumi Palestine, di mana seorang bapa dengan sedih memegang mayat 3 orang anak-anaknya yang menjadi mangsa kekejaman Israel..tak terkata! Sakitnya jiwa melihatnya..namun lebih sakit jiwa bapa tersebut..Tersayat hati melihatnya, lebih perit rasanya perasaan orang yang mengalaminya..

Manusia makin gila dan rakus..! Apakah yang boleh kita lakukan untuk mereka? Ya Allah, Kau bantulah mereka!! Kau kuatkanlah mereka!! Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon, Kau berikanlah kejayaan kepada mereka! Sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..